WATAN_BP.jpg

Gambaran Keseluruhan

PANDUAN AM UNTUK PENGUNDI MUDA / PENGUNDI KALI PERTAMA

Bagaimana para pengundi memberi kesan kepada polisi? Jika saya tidak berfikir tentang politik atau membaca akhbar, atau keluar mengundi, dan tidak terlibat langsung selain kerja keras untuk teruskan hidup, tidakkah itu mencukupi?

Dalam catatan yang sangat asas dan dipermudahkan ini, kami akan cuba untuk merungkai hubungan anda dengan para syarikat dan kerajaan negara, dan begitu juga identiti anda sebagai pengguna dan rakyat Malaysia.


MEMBENTUK SEBUAH KERAJAAN

Kerajaan diberi mandate untuk membuat keputusan dalam pelbagai perkara, membuat belanjawan untuk mengagihkan (cukai dan pendapatan) dalam program-program kerajaan, membuat perancangan untuk 5 tahun akan datang, memggubal undang-undang baru, meminda undang-undang lama. Jadi, pemimpin bagi parti atau gabungan yang telah menang membentuk kabinet yang terdiri daripada ahli parlimen yang merupakan calon mereka sendiri (dengan mendapat perkenan yang Dipertuan Agung). Ahli Parlimen yang telah terpilih sebagai Menteri akan mendapat portfolio masing-masing. Contohnya, Menteri Pelajaran, Menteri Pengangkutan dan mereka membentuk kabinet.

Tahukah anda: Jika calon yang telah menang kerusi dan berkelayakan untuk menyandang jawatan sebagai Menteri masih tidak mencukupi, Perdana Menteri boleh melantik sesiapa yang berkelayakan sebagai senator dan melantik mereka sebagai Menteri Kabinet! Tiada pilihan raya atau kebenaran daripada rakyat diperlukan.

MEMBINA KABINET

Membina Menteri-Menteri kabinet juga bermaksud membina sebuah senarai Kementerian.

Sebagai contoh, kita pernah mempunyai Kementerian Pelancongan dan Kementerian Kesenian, Kebudayaan dan Warisan, tetapi hari ini kita mempunyai sebuah Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan. Senarai penuh Kementerian Malaysia yang portfolionya tidak aktif dan masih aktif boleh dijumpai di sini.

Apabila Perdana Menteri mengumumkan belanjawan tahunan, setiap kementerian mendapat sejumlah peruntukan kewangan untuk memperbaiki ‘bidang’ masing-masing di dalam negara. Jadi, Kementerian Pelajaran akan mendapat peruntukan untuk memajukan pendidikan negara, Kementerian Pengangkutan mendapat peruntukan untuk meningkatkan jalan raya dan sebagainya.

Bagi setiap kementerian melaksanakan tugas dengan baik, setiap kementerian perlu mengiklankan tender dan melantik syarikat yang berkelayakan untuk melaksanakan perancangan. Sebagai contoh, Kementerian Pengangkutan akan melantik syarikat untuk membina tol di lebuh raya.\

Sememangnya mudah untuk mengatakan hanya ini tugas-tugas seseorang Menteri. Namun mereka juga masih seorang ahli parlimen. Keutamaan – penetapan dan menggubal undang-undang adalah tugas parlimen. Sebab mengapa kita menggelar mereka penggubal undang-undang. Tugas utama seorang ahli parlimen adalah untuk menggubal, memansuhkan, atau meminda undang-undang. Disinilah individu yang telah mendapat undian anda membuat keputusan kepada masa depan kita.

 
Tugas seorang ahli parlimen adalah menggubal, memansuh dan meminda undang-undang. Disinilah individu yang telah mendapat undian anda membuat keputusan kepada masa depan kita.

UNDANG-UNDANG YANG DIGUBAL MEMBERI KESAN KEPADA KITA SEMUA. APABILA UNDANG-UNDANG DIGUBAL, KITA SEHARUSNYA DILIBATKAN- TERUTAMANYA INDIVIDU YANG TERKESAN OLEH SESETENGAH UNDANG-UNDANG.

Jadi, jika anda mahu meminda Akta Hak Kanak-kanak, anda seharusnya bertanyakan kepada persatuan guru, ibu bapa, kumpulan hak kanak-kanak, kumpulan hak wanita dan Majlis Peguam.

Jika anda mahu menggubal undang-undang tentang Internet, anda seharusnya bertanyakan syarikat telekomunikasi, aktivis hak-hak Internet, para sarjana, mengumpul secara dalam talian, individu sosial berpengaruh, para belia.

Lagipun, kumpulan dan kesatuan telah bekerja rapat dengan masyarakat dan kenal akan mereka, jadi adalah mudah untuk mereka untuk memakili tuntutan bersama dan kebimbangan kepada penggubal undang-undang.

Untuk menjana undang-undang yang baik, anda perlu berinteraksi dengan masyarakat awam. Secara teknikal, semua orang berpuas hati jika anda berbuat begitu. Sebuah undang-undang baru adalah untuk memberi kebaikan kepada rakyat dan penggubal undang-undang mendapat kebaikan daripada usaha bersama kerana berunding dengan semua orang adalah mustahil.

 

Berunding bersama rakyat adalah terbaik, sudah tentu.

Sebenarnya di Malaysia pemimpin industri dan watak penting adalah yang telah didekati oleh pihak kerajaan berbanding mesyuarat masyarakat dewan bandar. Dalam kata lain, syarikat (dan orang yang mengendalikannya) cenderung untuk akhirnya mempunyai akses kepada penggubal undang-undang berbanding kita. Apa yang menarik di sini, kita mungkin merasakan mempunyai akses kepada syarikat, jenama dan perniagaan berbanding ahli politik. Hal ini benar terutamanya untuk belia Malaysia.

 ( source )

Terdapat logik akal dalam belia Malaysia di mana perniagaan dan jenama akan mendengar pandangan kita tetapi ahli politik sebaliknya.

Kita semua tahu syarikat dan agensi mencari perhatian belia berdemografi kerana pengaruh kita terhadap budaya,perbincangan dan pendapatan boleh guna. Jika kamu berumur 21-30 tahun, tanya pada diri: Kamu merasakan lebih ‘dengar/lihat’ oleh syarikat atau kerajaan kita? Jika apa yang kita bayar tidak mengikut apa yang kita kehendaki, jika sikap sesebuah jenama menyebabkan kita tidak lagi membeli produk mereka, kita akan menyebabkan mereka dengar pandangan kita, benar bukan?

Masalahnya di sini ialah jika syarikat mendengar pandangan kita dan mengambil tindakan, bukanlah sebuah kemenangan untuk kita, tetapi kemenangan kepada mereka. Semua perniagaan adalah berorientasikan keuntungan. Sebagai pelanggan, kita mungkin boleh memberikan pendapat tetapi disebabkan mereka bertanggungjawab kepada pemegang saham dan bukan kita – impak kita adalah terhad. Tiada perniagaan yang dilaburkan seperti mana yang anda mahukan kecuali memberikan keuntungan kepada mereka juga. Kita juga tidak mengharapkan lebih daripada syarikat berbanding kerajaan kita? Kita digalakkan untuk percaya sebagai pengguna bukan warganegara. Hal ini bermaksud kita percaya mereka yang tidak mahu/tidak boleh dipilih, adalah yang tidak bertanggungjawab kepada kita dan setiap tindakan hanya memberikan kelebihan sebelah pihak.

Hakikatnya: Kerajaan bertanggungjawab kepada kita sepanjang tahun.

Mereka adalah rakyat yang kita pilih untuk mewakili kita dan menggubal undang-undang, melaksanakan dan menstruktur tanah air kita. Kebanyakkan polisi-polisi ini memberi kesan secara terus bagaimana syarikat sepatutnya bertindak dengan kita, seperti sebaik mana mereka melayan kakitangan atau berapa banyak mereka mencemarkan persekitaran kita.

Jadi, ayuh kembali kepada soalan sebelum ini.

Kebanyakan kita menjarakkan diri daripada menjadi rakyat Malaysia yang peduli kerana kita mengutamakan cara mendapatkan duit. Fikirkan soalan pada awalnya: Jika saya bekerja keras adakah sudah cukup?

watan_bigpicture.png

jadi ayuh rungkaikan mengapa bekerja keras tidak mencukupi.

Kebanyakan daripada kita bekerja keras kerana kita mahu menyimpan dan membeli barangan yang kita perlukan. Hal ini telah menjadi kebimbangan sepenuhnya, simpanan untuk perkahwinan, anak-anak, kereta, sebuah iPhone. Siapa ada masa untuk politik?

Tetapi bekerja keras hanya menjadikan anda pengguna yang baik. Sebaliknya, kita juga bekerja untuk menyimpan duit untuk perkara selain daripada membeli barang, contohnya apabila kita memerlukan perhatian daripada segi perubatan. Berapa jumlah kosnya?

Terdapat juga perkara yang akan memberi kesan terhadap berapa banyak wang kamu boleh dapatkan, atau simpan, apakah cukai-cukai yang perlu dibayar, apakah pengangkutan awam yang sedang dibina, berapakah jumlah pinjaman pelajaran kamu. Dan kamu boleh bekerja namun masih belum mampu mengubah perkara ini, atau mampu memiliknya, kerana ‘bekerja keras’ tidak memberi kesan.

‘Bekerja keras’ tidak akan mengubah apa-apa tentang realiti GST atau PTPTN atau kesan cukai anda.

Inilah masanya untuk kita mengembangkan maksud ‘rakyat Malaysia yang patuh’ kepada lebih daripada semata-mata tentang ekonomi, tetapi menjadi warganegara yang baik juga. Menjadi seorang warganegara bermaksud semua undang-undang memberi kesan kepada semua keputusan yang dibuat – hospital mana yang akan dikunjungi, sekolah manakah anak-anak akan dihantar, berapa peruntukan yang boleh diperoleh.

Keputusan tadi dibuat oleh individu yang telah mengundi bagi mendapatkan kuasa, dan tugas mereka adalah mendengar pandang anda dan membantu membina negara yang kita mahu berada di dalamnya. Mereka menggubal undang-undang dan polisi-polisi untuk anda, kejiranan anda, orang yang kamu sayang, persekitaran anda, Apabila mereka mendengar mula mengambil kira pandangan kita, kita akan mempunyai sebuah negara yang boleh kita banggakan.

Apabila kita memilih untuk tidak mendaftar atau tidak mahu mengundi, kita memilih untuk tidak menggunakan kuasa yang ada pada kita untuk memilih rakyat yang akan membuat polisi-polisi ini dan membuatkan mereka bertanggungjawab dalam mentadbir negara kita.

Sebagai tambahan bagaimana syarikat mempunyai akses yang lebih baik dan pengaruh terhadap penggubal undang-undang daripada kita, dan bertahun-tahun menyerahkan kuasa kita hanya semata-mata mahu memfokuskan kerja kita, jurang diantara kita dan kerajaan semakin bertambah dan lebih nyata. Kita tidak lagi mengharapkan untuk didengari, kita diharapkan untuk mendengar.

Kuasa ini bukanlah sepatutnya diserahkan kepada syarikat, terutamanya apabila syarikat ini mempunyai akses yang lebih baik dan pengaruh dengan penggubal undang-undang daripada kita semua. Apabila kita menyerahkan kuasa hanya semata-mata memberi tumpuan kepada kerja kita, ilusi tidak berkuasa akan semakin bertambah.

Hal ini adalah mengapa sikap acuh tak acuh belia berkesan terhadap kita. Sikap acuh tak acuh dengan tidak berbuat apa-apa dalam politik dan merasakan semuanya akan berjalan seperti biasa.

 

Tetapi tiada peringkat polisi yang berjaya dibuka secara sewenang-wenangnya setelah bekerja keras, tiada perubahan polisi secara automatic apabila usaha anda mendapatkan jutaan pengikut di Instagram. Benar, kita perlu mengundi setiap 4 – 5 tahun, tetapi kita perlu bersama-sama dengan apa-apa yang memberi kesan kepada lokaliti yang kita diami.

Demokrasi ialah merasa bimbang tentang undang-undang yang memberi kesan kepada Internet, plihan kita dalam penyedia perkhidmatan atau syarikat yang dianugerahkan jalur lebar untuk membuka stesyen radio atau pondok tol. Demokrasi ialah memastikan individu yang dipilih masuk ke parlimen adalah seorang yang jujur dan berunding dengan kita sebelum membuat keputusan atau dasar yang besar dalam kepentingan kita.

Apabila kita membiarkan demokrasi, keputusan untuk menentukan masa depan Malaysia akan dibuat untuk memenuhi kepentingan syarikat, ahli politik atau kedua-duanya – individu yang bercakap tanpa pengetahuan kita kerana kita dibuat terlalu tiada hak bersuara untuk memberi pandangan. Bagaimana lagi para syarikat mendapatkan kontrak untuk bekerja dalam bidang pengalaman kerjanya terlalu kurang?

Perkara ini tidak terhenti dengan membuang undi setiap 4-5 tahun. Malah, memangkah X adalah perkara paling kecil yang boleh dilakukan untuk melibatkan diri dalam demokrasi, tetapi masih mampu memberikan kesan yang signifikan. Perkara paling kecil yang boleh dilakukan ialah memilih seorang calon yang dirasakan akan memberikan keputusan yang terbaik kepada Malaysia seperti yang kita mahukan.

 


 You asked: What is the monitoring process like? What do election monitoring volunteers do? Where do votes go after the election?  What happens before and after the elections day? What is the flow of what happens on the day? What do I do at the polling station? What will be on my ballot paper? 

You asked: What is the monitoring process like? What do election monitoring volunteers do? Where do votes go after the election?  What happens before and after the elections day? What is the flow of what happens on the day? What do I do at the polling station? What will be on my ballot paper? 

 You asked: What existing initiatives are out there that I can support as a politically active young Malaysian? How can I start my own initiatives to keep the nation building process in check?

You asked: What existing initiatives are out there that I can support as a politically active young Malaysian? How can I start my own initiatives to keep the nation building process in check?