What-an?

Watan bermaksud "tanah air."

Kami merupakan organisasi bukan kerajaan (NGO) yang menjalankan kempen untuk memberi inspirasi kepada para belia Malaysia dalam menjalankan kuasa politik mereka dengan mengundi.

Ini agenda kami.

Matlamat kami bukan untuk memberitahu siapa yang wajar diundi tetapi menghuraikan makna undi anda. Malaysia mempunyai seramai 2.5 juta penduduk berumur di antara 21-30 tahun yang masih belum berdaftar sebagai pemilih. Misi kami adalah untuk berusaha menurunkan nombor ini dengan memberi inspirasi kepada pemuda Malaysia untuk mendaftar sebagai pemilih.

 

Antara matlamat utama kami

BUKAN PEMILIH? GOLONGAN MUDA BAKAL MENJADI KUMPULAN PENGUNDI  TERBESAR DI MALAYSIA!

Kami mahukan masyarakat tahu bahawa kami, para belia, merupakan bakal kumpulan pemilih terbesar di Malaysia! Namun apakan daya, kami juga kumpulan paling ramai yang belum mendaftar sebagai pemilih.

Ciri-ciri demografik pengundi muda sangat memberi pengaruh. Kamilah pemula trend, ajukan, kita mewarnai budaya, mengetengahkan diri, sentiasa ditumpu, kita berpengaruh. Walau bagaimanapun, pengaruh ini hilang dalam proses pembinaan negara bangsa. Hal ini demikian kerana berkemungkinan kita dipinggirkan sejak mula dan dipupuk untuk mengejar cita-cita dan kerjaya berbanding menjadi ahli warganegara.

 

PENDIDIKAN UNDI KOMUNITI— MARI DAPATKAN MAKLUMAT

Mendaftar untuk mengundi tidak bermakna kita tahu apa yang berlaku di sekeliling kita. Jadi, kami di Watan sangat komited untuk membantu anda menjadi pemilih yang lebih baik. Pada masa ahli politik berebut meraih undi kita, ayuh ambil sedikit masa untuk berpadu tenaga bersama. Mari kenali dan memahami sistem yang telah dibina untuk kita.

Watan sedang membina program 7 episod yang membolehkan anda untuk mengetahui jawapan kepada setiap soalan anda tentang pengundian dan sistem pilihan raya. Berikut merupakan soalan yang pernah anda sekalian ajukan kepada kita.

  • Bukankan cukup baik jika saya menumpukan fokus kepada kerja dan tidak masuk campur urusan politik?
  • Apa yang perlu saya tahu tentang proses undi pada hari pengundian?
  • Apa tugas individu yang telah saya undi sepatutnya, dan bagaimanakah saya berkomunikasi dengan mereka untuk tahun-tahun berikutan pilihan raya?
  • Bagaimana mereka boleh terlibat dalam pilihan raya? Bagaimana mereka menjadi calon?
  • Bagaimana undian memberi pengaruh kepada pembinaan dasar dan undang undang negara?

Kami mahu memberi jawapan kepada soalan di atas dan banyak lagi. Kami tidak mampu mengembalikan peristiwa yang telah berlalu di mana belia diasingkan dalam pembinaan negara bangsa. Namun, kami yakin wujud cara untuk mengembalikan kuasa seseorang warganegara.

We want to answer these and more. And each day's video will only be five minutes! We can't promise to undo years of being excluded from the nation-building process by the older generation, but we do think it's possible to make you feel like your most powerful citizen self yet— in the total length of one comedy show episode. Kekal bersama kami untuk maklumat seterusnya

 

OUR TEAM

MASJALIZA HAMZAH

Masjaliza Hamzah merupakan Pengarah Eksekutif WATAN. Beliau telah mengetuai Center for Independent Journalism (CIJ) Malaysia dan telah bekerja dan menjadi sukarelawan dalam Sisters in Islam (SIS). Masjaliza juga merupakan bekas Bendahari bagi BERSIH. Beliau merupakan seorang jurutera industri terlatih namun lebih cenderung menjadi seorang wartawan. Semasa beliau berkhidmat di syarikat akhbar The Star, beliau sangat aktif dalam persatuan dan dengan kerjasama rakan sekerja telah bersama-sama menganjurkan aktivisme media dan berjaya mendapat perhatian media Malaysia. Beliau juga merupakan penerima Anugerah Hak Asasi Manusia daripada Suhakam bagi kategori Media 2015.

 

photo_2017-10-27_18-53-52.jpg

LIYANA YUSOF

Liyana merupakan koordinator publisiti bagi WATAN. Beliau mempunyai 10 tahun pengalaman dalam bidang komunikasi, kebanyakkannya dalam pengurusan reputasi dan publisiti dalam agensi butik Commas PR, bermula daripada pelatih kepada Eksekutif Akaun Kanan dengan berportfolio belia dan gaya hidup, seperti Red Bull Product of Europe, Urbanscapes, dan Good Vibe Festival. Liyana merupakan graduan bidang komunikasi daripada universiti tempatan sebelum menjadi pelatih dalam pasukan program hujung minggu di BFM89.9. Beliau juga memperoleh Cambridge Certificate in English Language Teaching to Adults (CELTA) pada tahun 2015. Liyana berminat dalam strategi dan isi kandungan bagi menyelesaikan jurang pengetahuan dalam masyarakat.