Pembangkang gagal manfaatkan rasa tak puas hati belia - Malaysiakini

Walaupun sangat tidak puas hati dengan kerajaan BN, namun tinjauan mendapati belia di negara ini juga kecewa dengan sistem politik secara keseluruhan - mungkin menunjuk kepada kegagalan pembangkang menawarkan alternatif yang meyakinkan untuk menarik imaginasi mereka.

Tinjauan pendapat (Belia) Nasional baru-baru ini yang dijalankan oleh firma kajiselidik pendapat - Merdeka Centre - bertanya para belia adakah mereka puas hati atau tidak puas hati dengan prestasi kerajaan persekutuan BN, di mana dua pertiga - 67 peratus - menjawab mereka tidak puas hati.

Hanya 24 peratus berkata mereka puas hati dengan prestasi kerajaan.

Kadar rasa tidak puas hati yang tinggi dinyatakan oleh responden yang merentasi kaum, bandar dan luar bandar serta di kalangan mereka yang mendaftar untuk mengundi dan yang tidak berdaftar.

Watan