Artis 'hasut' anak muda jadi pengundi - Malaysiakini
60addb5a9c932198fd5ad503e2527ed1.jpeg

Menyedari ramai golongan muda belum mendaftar sebagai pengundi, sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) mencuba inisiatif baru iaitu menggunakan tarikan selebriti.

Watan - sebuah NGO bebas - kini berkempen untuk menggalakkan orang ramai terutama golongan muda menggunakan hak masing-masing sebagai pengundi.

Melalui inisiatif itu mereka mendapatkan sokongan Remy Ishak, Sasha Saidin, Fatiya Latiff, Altimet dan Daphne Iking untuk membuka hati golongan sasaran mendaftar dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

bf99628d6612c01d80b484ed5ef5c124.jpeg

Pengarah Eksekutif Watan, Masjaliza Hamzah berkata pendekatan menggunakan selebriti terkenal diharap mampu menjadi daya penarik lebih kuat supaya perubahan positif berlaku dalam amalan demokrasi di negara ini.

“Selebriti membawa pengaruh sosial yang besar. Watan tidak hanya menggunakan satu medium saja dalam soal ini.

“Golongan selebriti biasanya boleh menarik lebih banyak perhatian berbanding kaedah lain jika ia didapati kurang memberi impak,” katanya kepada Malaysiakini.

Watan berasal daripada perkataan Arab yang bermaksud tanah air atau negara dalam bahasa Melayu.

Watan