Artis ajak anak muda daftar mengundi - Malaysian Insight

Pertubuhan aktivis pilihan raya, Watan memanfaatkan pengaruh artis popular dan aktivis dalam usaha mereka untuk menarik anak muda mendaftar sebagai pengundi. 

Marina Mahathir, Altimet, Daphne Iking dan Remy Ishak merupakan antara aktivis dan artis popular tanah air yang terbabit dalam klip video terbitan Watan untuk meningkatkan bagi tujuan itu.

Dengan lebih 3.7 juta warganegara Malaysia masih belum mendaftar, dengan dua pertiganya adalah terdiri daripada mereka yang berumur antara 21 dan 30 tahun menurut Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Watan mengambil pendekatan untuk menawan hati dan minda generasi muda.

"Selebriti memiliki pengikut yang ramai dan kita hanya menggunakan rangkaian ini," kata Pengarah Eksekutif Watan, Masjaliza Hamzah kepada The Malaysian Insight.

Tambahnya, kaedah ini bukanlah sesuatu yang baharu dan ia pernah digunakan dalam kempen di seluruh dunia seperti 'Rock Your Vote' di Amerika Syarikat dan penyanyi rap untuk Jeremy Corbyn pada pilihan raya UK baru-baru ini.

Mendapatkan bantuan selebriti yang tidak berkaitan dengan mana-mana parti politik juga membantu menjadikan kempen itu tidak berpihak, yang menjadi prinsip utama Watan.

"Kami tidak mahu kaitkan kempen daftar mengundi ini dengan parti politik. Memang ada ruang untuk itu, tetapi ia bukan peranan Watan. Matlamat kami adalah untuk meningkatkan pendaftaran pengundi," kata Masjaliza.

"Siapa yang akan dipilih oleh pengundi muda ini akan ditentukan oleh mereka sendiri."

Watan