Watan mengajak belia Malaysia daftar mengundi

13 April 2017, Kuala Lumpur — Pendaftaran pemilih peringkat kebangsaan dan kempen sokongan yang memfokuskan belia bukan pemilih berdaftar (21 – 40 tahun) telah dilancarkan hari ini oleh sebuah Organisasi Bukan Kerajaan (NGO) iaitu Watan. Bertemakan “Bertindak. Bersuara”, kempen ini menyeru penglibatan seluruh negara ke arah pembinaan negara dengan mengamalkan hak-hak asasi demokrasi secara mengundi.

Wujud kebimbangan apabila 4.1 juta rakyat Malaysia yang layak tidak mendaftar sebagai pemilih setakat 31 Disember 2016 dan bilangannya terus bertambah. Kempen ini bertujuan untuk mewujudkan suatu gerakan dalam kalangan belia Malaysia agar pendapat mereka didengari dan memberi ilham untuk mendaftar dan akhirnya diterjemahkan dalam undi mereka.

“Penemuan daripada kumpulan berfokus yang dijalankan baru-baru ini menunjukkan terdapat aras membimbangkan terhadap sikap tidak ambil peduli dalam kalangan belia Malaysia. Faktor-faktor penting menyumbang kepada sikap ini adalah sebahagian besarnya kerana para belia merasakan suara mereka tidak penting sekaligus undi mereka tidak membawa apa-apa makna. Paling utama dengan kurangnya pentadbiran and kepemimpinan yang baik, sentimen ini telah menjauhkan mereka daripada mengambil berat dan terlibat dalam proses pendaftaran pemilih,” kata En. Mohd. Yusaimi Bin Md Yusof, Presiden Pertubuhan Gagasan Anak Watan Malaysia.

Oleh itu, kempen ini memperjuangkan dua seruan utama – bertindak dengan menjelaskan apa yang penting dan daftar untuk mengundi bagi menyalurkan pendapat anda. Sementara kebebasan berekspresi merupakan perkara yang baik tetapi perubahan sebenar hanya boleh berlaku apabila rakyat secara bersama-sama terlibat dalam proses pilihan raya.

Aktivis sosial, Datin Paduka Marina Mahathir yang turut hadir pada pelancaran kempen menyuarakan betapa perlunya para belia negara untuk melibatkan diri, “Jika kita lihat apa yang berlaku di Amerika Syarikat, generasi milenia telah diberi pujian atas undian muktamad pada pilihan raya Barack Obama sebagai presiden bagi penggal kedua pada tahun 2012, dimana beliau telah memenangi 67% undian para belia. Dengan apa yang telah berlaku kepada Amerika Syarikat hari ini, (Trump) salah satu daripada faktor terbesar adalah kerana kurangnya kehadiran pemilih.

Pengajaran penting yang boleh dibuat daripada apa yang telah berlaku adalah para belia membentuk masa depan sesebuah negara dengan mengantikan generasi terdahulu dalam politik, sosial dan peranan budaya. Suara (dan undi) mereka lebih berpengaruh daripada pujian yang diberikan.

Bekerja dengan rangkaian masyarakat awam dan Pegawai Penolong Pendaftar (AROs) lantikan Suruhanjaya Pilihan Raya, kempen ini telah secara aktif menarik rakyat Malaysia pada peringkat bawahan dengan pendaftaran pemilih secara berterusan.

“Kami memfokuskan usaha di kawasan Lembah Klang kerana data menunjukkan bilangan yang tinggi bagi pemilih yang belum berdaftar daripada kawasan ini. Sebagai contoh di Selangor sahaja, secara anggaran terdapat 1.1 juta pemilih yang belum berdaftar daripada 3.4 juta rakyat yang layak mendaftar. Hal ini amat membimbangkan,” tambah En. Mohd. Yusaimi Bin Md Yusof lagi.

Watan berharap dan menyambut baik peluang untuk bekerjasama dengan pelbagai pihak yang berkongsi matlamat dan nilai yang sama. NGO juga merancang untuk berjumpa dengan Jawatankuasa Pilihan Raya dan mengetengahkan 3 cadangan utama untuk melancarkan proses pendaftaran dengan melaksanakan Pendaftaran Pemilih Automatik, atau keperluan segera iaitu Pendaftaran Atas Talian sebagai ganti dan senarai Pegawai Penolong Pendaftar (AROs) yang akan disediakan kepada umum.

“Bertindak. Bersuara” akan terus menarik para belia melalui saluran media sosial sebagai sebuah platform untuk menyuarakan pandangan dalam era digital dan memberi dorongan mengadakan pendaftaran pemilih. Sebilangan selebriti tempatan dan aktivis sosial yang berpengaruh seperti Datin Paduka Marina Mahathir, Aishah Sinclair (hos TV & radio), Daphne Iking (hos TV & pengacara), Sasha Saidin (penyanyi dan pelakon), JinnyboyTV (Artis Youtube) dan Yvonne Lee (Ratu Cantik Malaysia 2012 / Naib Johan Amazing Race Asia ke 5) turut terlibat dalam memperjuangkan kempen ini.

### 

Watan