Soalan-soalan Lazim

Soalan anda tiada di sini? Isi borang ini bersama soalan anda tentang proses pengundian and pilihan raya. Kami akan cuba memberi jawapan terbaik. Anda juga boleh menghantar mesej di Facebook!

 

robert-wiedemann-195099.jpg

Tentang Pendaftaran

Siapakah yang layak mendaftar?

Warganegara Malaysia berumur 21 tahun dan ke atas, yang tidak hilang kelayakan di bawah undang-undang. 

 

Di manakah saya boleh berdaftar sebagai pengundi? 

  1. Mana-mana Pejabat Pos yang berkomputer (senarai cawangan
  2. Pejabat SPR di seluruh Malaysia
  3. Di mana ada wakil SPR, contohnya
    • Ketua kampung
    • Ahli JKKK
    • Pegawai di kedutaan 
  4. Pejabat daerah/pejabat majlis daerah 
  5. Mana-mana kaunter pendaftaran ‘outreach’ yang ada penolong pendaftar Suruhanjaya Pilihan Raya, contohnya di pusat membeli belah, pasar malam

 

Bolehkah saya menghantar wakil/kawan untuk mendaftarkan diri saya sebagai pengundi? 

Tidak boleh. Anda perlu hadir sendiri untuk mendaftar sebagai pengundi dan menurunkan tandatangan. 

 

Saya pelajar universiti di luar negara yang baru menyambut harijadi yang ke 21. Di manakah saya boleh mendaftar? 

Secara amnya, warganegara Malaysia yang layak yang bermastautin di luar negara boleh mendaftar sebagai pengundi di mana-mana kedutaan Malaysia di luar negara, mengikut laporan berita tahun 2011 ini. Anda dinasihatkan menelefon kedutaan sebelum pergi untuk memastikan pegawai yang juga penolong pendaftar ada di pejabat.

Bagi pelajar di Canberra, Australia, anda boleh mendaftar di Kedutaan Besar Malaysia di Canberra.

 

Bukankah sudah tidak sempat untuk daftar sebagai pengundi? 

Proses pengesahan daftar pengundi mungkin memakan masa empat (4) bulan. Oleh kerana kita masih tidak tahu bila pilihanraya akan diadakan, #daftarje sebagai pengundi.

 

Apakah yang saya perlu bawa untuk mendaftar? 

Anda perlu bawa Mykad. Bagi pelajar luar negara, bawa paspot dan kad pelajar juga. 

 

Perlukah saya membayar apa-apa yuran untuk daftar sebagai pengundi? 

Pendaftaran adalah percuma. 

 

Lepas mendaftar, apakah yang perlu saya lakukan?

Periksa status pendaftaran anda di sini

 

Pada pukul berapakah kaunter/pejabat pos dibuka? 

Waktu operasi kaunter SPR secara amnya dari 8 pagi – 5 petang. Kaunter pejabat pos biasanya dibuka dari 8.30 pagi – 5.30 petang dari hari Isnin hingga Jumaat, dan 8.30 pagi – 1 petang setiap Sabtu (kecuali Sabtu pertama). 

 

Apakah yang saya dapat kalau saya daftar sebagai pengundi? 

Anda dapat menjalankan tanggungjawab sebagai warganegara Malaysia. 

 

Perlukah saya menjadi ahli parti politik sebelum mendaftar sebagai pengundi? 

Tidak perlu.


Tentang Pilihanraya

Bilakah pilihanraya akan dijalankan? 

Ini bergantung kepada pengumuman SPR. Tarikh akhir untuk pembubaran automatik Parlimen ialah pada 24 Jun, 2018. Hari terakhir pilihanraya ialah maksima 60 hari selepas tarikh pembubaran Parlimen, iaitu sekitar 23 Ogos, 2018. 

 

Bolehkah Kerajaan/SPR/majikan saya tahu saya undi untuk siapa? 

Undi anda adalah rahsia. 

 

Saya tidak fikir yang saya akan mengundi. Perlukah saya mendaftar sebagai pengundi? 

Mungkin anda akan ubah fikiran nanti! Jadi sebelum terlambat, #daftarje sebagai pengundi. 

 

Saya fikir tidak ada beza antara kedua-dua pihak pembangkang dan kerajaan. Perlukah saya mendaftar sebagai pengundi? 

Terpulanglah kepada anda untuk membuat perbandingan. Sama ada terdapat perbezaan antara kedua-dua pihak atau tidak, sekiranya anda ingin mengundi, #daftarje sebagai pengundi. 

 

Betulkah ada hampir 3.8 juta orang pengundi yang belum mendaftar? Adakah nombor ini tepat?

Benar. Menurut SPR, terdapat 3,772,149 warganegara Malaysia 21 tahun ke atas yang belum berdaftar setakat 31 Mac, 2017.


Tentang Watan

Adakah Watan parti politik? ADAKAH WATAN DI BAWAH PAKATAN HARAPAN? ADAKAH WATAN DI BAWAH BARISAN NASIONAL? 

Tidak. Watan ialah sebuah NGO atau pertubuhan bukan kerajaan yang non-partisan (tidak menyebelahi mana-mana parti politik).